Cool bukan?
Thursday, May 3, 2012
Kedai video games bergerak
Saje pakcikAnas nak info pembaca semua, baru-baru ini pakcikAnas berada di luar negara iaitu di Georgia, USA. Sewaktu berjalan-jalan di kawasan sekitar pantai, pakcikAnas ternampak sebuah van yang menyediakan permainan video games seperti perpustakaan bergerak. Bagus jugak untuk mak bapak yang susah nak kontrol anak2x mereka, buleh letak jer kat sini mesti diorang tak pergi mana-mana.
Sunday, April 15, 2012
Pantau sistem pc dengan Task Manager
Dah guna Ccleaner, dah pakai Revo Uninstaller dan Advanced System Care 5 dan dah juga pakai Soluto tapi pc saya masih lembab. Kenapa yer?
Masa pc baru beli dulu bukan main laju jer rasa, tapi lepas sekian lama pc jadi lembab. Ya memang betul sebab masa mula-mula beli pc atau notebook dulu tak banyak perisian yang anda pasang. Tapi mungkin selepas beberapa lama dan dah bemacam-macam perisian atau games yang dah dipasang pc jadi lambat. Walaupun anda tidak menjalankan sesuatu perisian atau games itu tapi mungkin anda tidak sedar ada program yang sedang beroperasi dan secara tidak langsung menggunakan sumber pc anda iaitu pemproses dam memory.
Masalah ini boleh dikesan melalui Task Manager dan kemudian jika sudah dikenal pasti kita boleh membuang atau menghalngnya daripada beroperasi. Ikuti entri ini untuk penerangan lebih lanjut.
Masa pc baru beli dulu bukan main laju jer rasa, tapi lepas sekian lama pc jadi lembab. Ya memang betul sebab masa mula-mula beli pc atau notebook dulu tak banyak perisian yang anda pasang. Tapi mungkin selepas beberapa lama dan dah bemacam-macam perisian atau games yang dah dipasang pc jadi lambat. Walaupun anda tidak menjalankan sesuatu perisian atau games itu tapi mungkin anda tidak sedar ada program yang sedang beroperasi dan secara tidak langsung menggunakan sumber pc anda iaitu pemproses dam memory.
Masalah ini boleh dikesan melalui Task Manager dan kemudian jika sudah dikenal pasti kita boleh membuang atau menghalngnya daripada beroperasi. Ikuti entri ini untuk penerangan lebih lanjut.
Saturday, April 14, 2012
Soluto: melajukan proses boot pc anda
Kali ini pakcikAnas masih lagi nak bercerita pasal cara-cara nak mengoptimasikan sistem pc. Oklah dalam entri yang lepas-lepas dah ada cerita pasal Ccleaner, Revo uninstaller dan Advanced System Care 5 kan. Katakan lah dah cuba semua software ini dan juga dah cuci sistem pc kita tetapi, pc anda masih lagi lembab, lembab macam kura-kura terutama semasa proses boot. Tidak dinafikan banyak program atau servis yang tidak perlu turut dimulakan semasa proses boot. Ini boleh membuatkan pc anda lambat untuk 'start'. Jadi anda boleh gunakan program Soluto untuk monitor, analisa dan memperbaiki proses boot pc anda. Paling penting perisian in percuma.
Soluto memaparkan masa yang diambil semasa proses boot |
Tuesday, April 10, 2012
Optimasikan sistem pc anda
Baru-baru ini pc pakcikAnas rasa macam lembab sikit. Nak buka my computer pun terasa macam ada 'delay' beberapa saat. Dah cuci sistem pakai Ccleaner tapi takdelah rasa beza sangat pun malah 'browser' firefox pun rasa macam lembab sikit. Siap full scan antivirus lagi, tak ada perubahan jugak. Yelah kalau pakai sistem pc yang agak ok, tapi jalan macam kura-kura apekelas, tak bestlah. Kalau boleh kita nak pc yang tunggu kita bukan kita yang menongkat dagu depan monitor :).
Jadi pakcikAnas cuba pulak guna Revo Uninstaller 1.93 dan juga Advance System Care 5, keputusannya pergghhh pc jadi bestlah. Laju semacam jer. Buka my komputer atau folder-folder lain, semuanya jadi cepat dan laju. "Internet browser' pun ada perubahan, buka tab demi tab, 'smooth' tak ada masalah. Perisian-perisian in juga bagus untuk pc/notebook yang baru dibeli yang masih tidak dioptimakan. Berikut pakcikAnas kongsikan cerita mengenai perisian-perisian ini ya.
revo uninstaller |
Advance System Care 5 |
Sunday, April 8, 2012
Laman rujukan untuk filem (IMDb)
Pernah tak anda menghabiskan masa 1-2 jam menonton filem tetapi di penghakhirannya baru anda tersedar, cerita yang anda tonton itu rupanya tak 'best' langsung. Menyesal jer rasa menonton filem tersebut. Mungkin kalau kat India, panggung dah kena bakar kot? Selalunya kriteria pemilihan filem yang ingin ditonton adalah melalui barisan pelakon atau produksinya. Kalau pelakon atau produksinya terkenal bolehlah kita tengok cerita itu.
Satu lagi cara yang mungkin berguna untuk memilih filem yang berkualiti untuk ditonton adalah melalui laman web Internet Movie Database atau IMDb. Kali ini pakcikAnas ingin berkongsi informasi mengenai laman web IMDb ini.
muka depan web IMDb |
Friday, April 6, 2012
Fungsi baca selanjutnya pada blogspot
Kekadang tu kalu kita buka blog-blog yang ada di pasaran sekarang, sesetengah entrinya panjang-panjang. Bukan semua orang berminat dengan topik yang kita ceritakan, jadi kita terpaksa scroll ke bawah untuk melihat entri yang lain. Eloklah kita gunakan fungsi baca selanjutnya ini supaya pembaca tidak cepat terasa boring dengan entri yang tidak menarik perhatian mereka. Kali ini pakcikAnas akan kongsikan cara nak menggunakan fungsi tersebut.
Tuesday, April 3, 2012
Tips menyimpan fail-fail penting di pc anda
Tentu anda berpengalaman pc terkena virus kan? Sesetengah virus tu memang 'power' sangat sampai boleh merosakkan harddisk. Bila dah kena virus tu, pc jadi lembab sangat walaupun dah cuba buang dengan menggunakan perisian antivirus dan kalau dah 'extreme' sangat effect virus tu kenalah format pulak pc tu. Masalahnya fail-fail penting kita mungkin dah tak boleh nak diselamatkan lagi. Barulah menangis tak berlagu. Kepada yang tahu format pc sendiri tu kira oklah, tapi yang tak tahu masalah sikitlah nak kena minta tolong kawan, "abang" atau kakak atau hantar ke kedai komputer. Tu dah mungkin melibatkan kos dan menghabiskan masa!!! Jadi kita perlulah tahu cara yang selamat ntuk memelihara fail-fail kita.
Monday, April 2, 2012
Advance system care 5
Sunday, April 1, 2012
ڤنداي توليسن جاوي ک تيدق
ڤنداي توليسن جاوي ک تيدق
ترايڠت دولو دولو بلاجر توليسن جاوي
سمڤاي سکارڠ ساي اݢق مرڠکق کالاو نق باچ جاوي
ترايڠت جوݢ ايبو دان ايه بلي سورت خبر جاوي
نق چوبا باچ تتاڤي تق ڤنداي ڤنداي جوݢ
بيلا نمڤق ويب اين ايلوق جوݢ کالاو کيت بلاجر
ڤاليڠ کورڠ بوليه اجر انق انق
?ماچم مان بوليه باچ
ڤاڤرن سکرين |
Yang penting ianya free.
Perisian antivirus pilihan saya
Ada banyak perisian yang terdapat di pasaran sekarang. Contohnya seperti logo-logo perisian anti virus di dalam gambar di bawah ini.
Ada yang kena bayar dan ada juga yang percuma. Bagi pakcikAnas untuk pengguna-pengguna biasa adalah memadai jika kita menggunakan hanya perisian antivirus yang percuma sahaja. Bukan sahaja ia percuma tetapi mampu beroperasi dengan cemerlang. Perisian antivirus pilihan pakcikAnas adalah daripada Avira. Sudah 5 tahun pakcikAnas menggunakannya, alhamdulillah PC pakcikAnas masih sihat sebab apa, sebab ianya berkemampuan menangkis anasir-anasir jahat menembusi pc saya dan sudah tentu sebab ianya FOC.
Kalau nak cuba;
Download link http://www.avira.com/en/avira-free-antivirus
perisian antivirus masa kini |
avira free antivirus |
Kalau nak cuba;
Download link http://www.avira.com/en/avira-free-antivirus
Monitor temperature PC anda dengan speedfan
Pernah tak komputer anda restart sendiri? PC anda lembab dan kerap hang (hang ye bukan hang cakap orang utara)?
Mungkin dah kena virus @ hardware anda mengalami masalah @ pc anda dah terlalu panas.
Salah satu cara untuk monitor temperature sistem pc anda adalah dengan menggunakan perisian Speedfan.
screenshot perisian speedfan |
Optimasikan PC anda dengan CCleaner
Pernahkah anda merasakan PC anda terlalu lembab macam kura-kura? Mula-mula memang laju, tetapi selepas beberapa lama PC mula lambat, nak buka sesuatu program pun mengambil masa yang lama. Ini mungkin disebabkan sudah banyak program yang telah dipasang atau kemudian dibuang secara diam masih beroperasi di 'background'.
Cubalah perisian Ccleaner;
Cubalah perisian Ccleaner;
icon program Ccleaner |
Cara efektif 'multiple' download menggunakan IDM
Saya rasa ramai yang sudah mengetahui 'download' menggunakan IDM kan? Mungkin juga ramai yang sudah tahu men'download' secara serentak atau 'multiple'. Masalahnya jika men'download' secara serentak ini internet bandwidth kita akan digunakan sepenuhnya seterusnya susah untuk kita 'surf' laman web yang lain.
lihat 'speed download' dibahagikan antara file sehingga menjadi kecil |
Untuk mengelakkan masalah ini, gunakan fungsi queue supaya ia akan hanya 'mendownload' satu persatu file yang kita mahu. Fungsi queue secara 'automatic' akan memulakan proses download file yang seterusnya selepas file yang di'download' sebelum ini sudah lengkap dimuat turun. Berikut adalah 'tutorial' menggunakan fungsi queue ini.
Penjagaan laptop, PENTING!!!
Sekarang ini ramai sudah menggunakan laptop. Kalau tengok pelajar2 universiti ramai yang mempunyai laptop sendiri kan? Dahulu kala masa zaman Pakcik Anas kat U, harga sesebuah laptop tu tersangatlah mahal tak mampu nak beli. Jadi masa itu guna jelah komputer desktop itupun pinjam yang abang punya (terima kasih Andak).
gambar hiasan laptop |
Cantikkan laptop kat gambar atas ini? Harga kalau laptop 'standard' sudah tentu mencecah lebih RM1000. Bagi pelajar duit mak bapak lah jadi mangsa takpun duit PTPTN. Kalau ada satu bolehlah buat 'assignment', 'research' kat internet, ada juga buat main game dan sebagainya. Bila dah main game atau 'explore' youtube'tu mulalah berjam-jam menghabiskan masa dengan laptop itu.
Motif Pakcik Anas nak cerita nih adalah sistem 'ventilation' laptop tidaklah sebaik komputer desktop. Banyak laptop yang cepat panas kalau digunakan dengan lama. 'Ventilation' laptop selalunya teletak pada bawah dan/atau tepi 'casing'.
Picasa, pengurus koleksi gambar anda
Koleksi gambar-gambar anda tidak terurus? Gambar yang dikehendaki tidak jumpa? Bagaimana nak edit gambar-gambar anda? Cubalah perisian Picasa daripada Google untuk pengurusan gambar-gambar anda.
Website untuk movie?
Saya paparkan link dan screenshot untuk website yang menawarkan perkara seperti tajuk di atas:
Saturday, March 31, 2012
HD media player untuk PC
Subscribe to:
Posts (Atom)