Tuesday, April 3, 2012

Tips menyimpan fail-fail penting di pc anda

Tentu anda berpengalaman pc terkena virus kan? Sesetengah virus tu memang 'power' sangat sampai boleh merosakkan harddisk. Bila dah kena virus tu, pc jadi lembab sangat walaupun dah cuba buang dengan menggunakan perisian antivirus dan kalau dah 'extreme' sangat effect virus tu kenalah format pulak pc tu. Masalahnya fail-fail penting kita mungkin dah tak boleh nak diselamatkan lagi. Barulah menangis tak berlagu. Kepada yang tahu format pc sendiri tu kira oklah, tapi yang tak tahu masalah sikitlah nak kena minta tolong kawan, "abang" atau kakak atau hantar ke kedai komputer. Tu dah mungkin melibatkan kos dan menghabiskan masa!!! Jadi kita perlulah tahu cara yang selamat ntuk memelihara fail-fail kita.



Sepatutnya pada masa sekarang ni, penting untuk kita mengetahui cara untuk meng'format' pc kita bukan sahaja menambahkan pengetahuan tetapi mambuatkan kita lebih memahami bagaimana untuk kite 'setup' pc kita supaya ianya lebih selamat. Kalau tak tahu nak format pc ni, umpamakan seperti pandai bawak kereta/motor tapi tak reti nak isi minyak....atau tak tahu bila nak kena servis (macam pakcikAnas dulu). Mungkin pada masa akan datang pakcikAnas akan kongsikan cara meng'format' pc.

Selalunya bila kita 'surf' internet akan keluar 'pop up window' yang menyatakan pc kita dah diserang dengan malware /virus seperti yang saya tunjukkan pada gambar-gambar berikut.

contoh-contoh malware/virus

Jadi kali ini pakcikAnas nak berkongsi beberapa tips untuk membuatkan fail-fail kita lebih selamat daripada diganggu gugat oleh anasir-anasir jahat ini.
  • Katakan semasa sedang 'surf' internet dan ada 'popup fake antivirus' ini, janganlah gatal-gatal tangan nak tekan apa-apa. Sebaliknya terus tutupkan sahaja 'tab' berkenaan atau tekan ctrl+alt+del untuk memadam pelayar web yang sedang anda gunakan itu.
  • Katakanlah tangan tu degil jugak menekan 'fake antivirus' ini (ada orang tak boleh nak 'control' :) dan pc anda dah diserang oleh anasir jahat (virus le tu), mungkin anda tidak perlu mengformat pc lagi, boleh cuba guna perisian remove fake antivirus sebagaimana disarankan oleh JomPHP. Ikuti link untuk penerangan lebih terperinci http://jomphp.com/cara-buang-anvitivirus-palsu-fakerogue-antivirus.html
  • Biasakan menyimpan fail-fail penting di dalam 'drive D' atau seterusnya. Jangan simpan di drive C sebab kebiasaannya virus menyerang pada drive ini dan jika pc anda terpaksa di'format' fail-fail yang disimpan di C susah untuk didapatkan semula. Maksudnya kalau nak dapatkan fail yang disimpan di C tu jugak, kita kena keluarkan harddisk dan pasang pada pc lain.
  • Katakan anda dah simpan fail penting pada drive selain C (drive sistem) dan pc anda terkena virus yang tak boleh dibuang, jadi anda masih boleh formatkan pc dengan selamat. Cuma sebelum format pastikan anda 'backup' driver-driver pc anda menggunakan perisian 'backup driver' seperti driver genius, driver magician dan lain-lain. Perisian-perisian ini tidak percuma tapi biasalah google-mediafire.com-..................... Anda perlu 'backup driver' pc anda dahulu sebab selalunya selepas di'format' masih akan ada beberapa hardware yang masih tidak ok. Jadi gunakan perisian driver ini semula untuk 'restore' driver hardware pc anda.
  • Kalau dah tahu cara meng'format' pc, cuba cara memasang OS menggunakan USB 'stick' sebab ia lebih mudah, cepat dan 'reliable'. Buat partition pc anda seperti yang pakcikAnas sarankan iaitu sekurang-kurangnya dua drive C dan D. Pastikan anda sentiasa simpan fail ISO OS di D atau pada 'stick' untuk digunakan semasa meng'format' pc.
  • Pasang perisian antivirus pada pc anda sekurang-kurangnya yang percuma. 

contoh pembahagian partition harddisk
PakcikAnas berharap 'tips-tips' ini dapat membantu menyelamatkan fail-fail penting anda daripada diganggu-gugat oleh anasir-anasir jahat..

No comments:

Post a Comment