Saya rasa ramai yang sudah mengetahui 'download' menggunakan IDM kan? Mungkin juga ramai yang sudah tahu men'download' secara serentak atau 'multiple'. Masalahnya jika men'download' secara serentak ini internet bandwidth kita akan digunakan sepenuhnya seterusnya susah untuk kita 'surf' laman web yang lain.
|
lihat 'speed download' dibahagikan antara file sehingga menjadi kecil |
Untuk mengelakkan masalah ini, gunakan fungsi queue supaya ia akan hanya 'mendownload' satu persatu file yang kita mahu. Fungsi queue secara 'automatic' akan memulakan proses download file yang seterusnya selepas file yang di'download' sebelum ini sudah lengkap dimuat turun. Berikut adalah 'tutorial' menggunakan fungsi queue ini.
1. Buka web page file yang hendak di download.
|
contoh: kita nak download 3 file seperti di atas |
2. Buka ketiga-tiga file yang di atas.
|
3 file yang nak didownload ini adalah dari Mediafire |
3. Download part 1 seperti biasa,
|
tekan start download |
4. Untuk part 2 dan part 3, tekan download later:
|
Download later dan klik ok |
5. Seterusnya buka IDM:
|
hanya part 1 sahaja yang didownload |
6. Seterusnya klik option download, start queue dan klik start main download queue;
|
start main download queue |
7. Jadi untuk part2 dan part3 akan hanya mula download secara automatic sebaik sahaja part 1 selesai. Oleh itu bandwidth anda tidaklah terjejas teruk sangat dan anda masih boleh 'surf' website yang lain.
Kalau ikut perkiraan PakcikAnas, kelajuan internet 1mbps boleh mendownload 4gig dalam masa 8 jam. So, tunggu apa lagi! :)
No comments:
Post a Comment