Tuesday, April 10, 2012

Optimasikan sistem pc anda

Baru-baru ini pc pakcikAnas rasa macam lembab sikit. Nak buka my computer pun terasa macam ada 'delay' beberapa saat. Dah cuci sistem pakai Ccleaner tapi takdelah rasa beza sangat pun malah 'browser' firefox pun rasa macam lembab sikit. Siap full scan antivirus lagi, tak ada perubahan jugak. Yelah kalau pakai sistem pc yang agak ok, tapi jalan macam kura-kura apekelas, tak bestlah. Kalau boleh kita nak pc yang tunggu kita bukan kita yang menongkat dagu depan monitor :).

Jadi pakcikAnas cuba pulak guna Revo Uninstaller 1.93 dan juga Advance System Care 5, keputusannya pergghhh pc jadi bestlah. Laju semacam jer. Buka my komputer atau folder-folder lain, semuanya jadi cepat dan laju. "Internet browser' pun ada perubahan, buka tab demi tab, 'smooth' tak ada masalah. Perisian-perisian in juga bagus untuk pc/notebook yang baru dibeli yang masih tidak dioptimakan. Berikut pakcikAnas kongsikan cerita mengenai perisian-perisian ini ya.
revo uninstaller
Advance System Care 5

Anda pasti bertuah, jika diawal tahun ini telah dihadiahkan sebuah komputer yang baru. Mereka yang tidak bertuah mungkin terpaksa membeli komputer baru sebagai ganti komputer lama yang telah usang atau rosak. Apa pun jenis komputer yang dibeli (PC dekstop, notebook, ultrabook atau netbook) pasti anda memilih yang berjenama tapi ingat komputer tersebut biasanya sudah siap dipasang dengan banyak perisian selain sistem operasi (OS) windows. Malangnya ada perisian yang tidak diperlukan tetapi berpotensi membaham sumber di daIam komputer tanpa anda sedari. Maknanya anda mempunyai komputer yang berprestasi tetapi tidak beroperasi dengan optimum. 
Bijak pandai komputer kerap menggelar perisian tersebut sebagal ‘bloatware". Memang aneh bunyi gelarannya. Selain boleh mengganggu, sifatnya yang suka mengeksploitasi sumber sistem seperti memori, ruang cakera keras, dan prasarana rangkaian wajar diketahui umum termasuk anda. Pembuat komputer sering menyertakan perisian sebegitu, khabarnya untuk mengurangkan kos. 
Tidak dinafikan ini mungkin satu cara untuk memasarkan perisian tertentu kepada pengguna yang berpotensi. Jika begitu, apa yang patut anda lakukan? Tentu ada cara menanganinya” Memang ada! Mula-mula, anda perlu mengenal pasti perisian yang tidak diperlukan itu. Biasanya tidak terhad kepada antivrus percubaan (trial), perisian daripada pembuat komputer, dan aplikasi enjin carian. Bagi mereka yang mahir, cara membuangnya tidaklah sukar. Malah, anda boleh  menggunakan teknik yang sama. Setelah perisian tersebut dikenal pasti, cuba singkirkan melalui perisian Revo Uninstaller 1.93. Kemudian system anda perlu dioptimakan semula dengan perisian Advanced System Care 5.0. Menariknya kedua-dua utiliti berguna ini adalah percuma.
REVO UNINSTALLER 1.93
 
Percayalah utiliti pembuang (uninstall) yang unik ini memiliki ciri-ciri pembersihan sistem yang menarik untuk digunakan. Menerusi menu utamanya, anda boleh membuang pelbagai program termasuk yang tidak dipaparkan di bahagian control panel di dalam Windows atau yang tiada butang uninstall. 
muka hadapan Revo uninstaller
Kita boleh memilih cara proses uninstall sesuatu program itu samada secara ringkas ataupun menyeluruh.

Di bahagian Tools utiliti ini anda boleh mengakses fungsi Autorun Manager. Jadi anda dapat mematikan aplikasi tertentu yang dihidupkan secara automatik apabila sistem Windows dimulakan. Bagi pakcikAnas, 'deactivate' segala aplikasi yang tidak penting. Atau anda boleh mencuba ciri tambahan seperti Windows Tools dan Junk Files Cleaner.

Menerusi fungsi Tracks cleaner, jejak penggunaan aplikasi pelayar web dan Microsoft Office boleb dihapuskan. Sementara dalam menu Options ada pilihan untuk membuang fail sampah/sementara. Fungsi Hunter Mode pula berupa ikon yang terpapar di bahagian desktop. Melalui lkonnya anda boleh membuang program, menghentikan aplikasi  automatik, mematikan atau memadam proses.Utiliti percuma ini boleh menyusup jauh ke dalam sistem untuk mengesan sisa fail aplikasi, supaya tiada yang terlepas. Pastikan utiliti ini sentiasa dalam simpanan anda.
Dapatkan Revo Uninstaller 1.93 di link ini http://www.revouninstaller.com/ 

ADVANCED SYSTEMCARE 5.0
Satu lagi utiliti sistem yang mesra pengguna, pintar dan mampu melonjak prestasi windows ke tahap optimum. Selain membetulkan masalah anda boleh menukar ketetapan sedia ada supaya Windows dapat dimuatkan serta bertungsi Iebih laju. Cara memasangnya senang, tetapi anda akan diminta memasang toolbar dan beberapa perisian yang tidak perlu semasa proses ‘instal’. Jadi, usah pedulikan. Selesai dipasang, anda boleh meninjau tetingkap utamanya yang menarik dengan elemen moden. Sekiranya anda enggan memiliki versi komersial, versi percuma ini adalah sudah memadai. 
Melalui tetingkap utamanya, anda boleb mengakses dua fungsi yang paling penting Quick Care dan Deep Care. Kedua-duanya boleh merawat sistem secara menyeluruh yang meliputi pengesanan isu-isu dalaman yang timbul. Malah, operasi kedua-dua fungsi ini boleh dikatakan agak cepat dan tidak membebankan sistem anda. Manakala tungsi Turbo Boost pula. berupaya melonjak prestasi sistem anda dengan serta merta. Kaedah yang digunakan dengan mematikan aplikasi/servis tertentu. Ini bermakna, aplikasi/servis tersebut boleb diaktifkan semula apabila perlu.
Tip untuk menjadikan komputer lebih cergas sudah tersedia. Jika usaha anda berjaya pastinya anda lebih ceria. (Credit untuk majalah pc).
Dapatkan Advanced System Care 5 dilink ini http://www.iobit.com/advancedsystemcareper.html
Ringkasannya:
  • Scan sistem pc anda secara keseluruhan dengan antivirus dan bersihkan daripada segala virus yang dijumpai.
  • Guna Revo uninstaller 1.93 untuk membuang aplikasi lama dan yang tidak digunakan serta membersih registry dan membuang 'junk' file.
  • Guna Advanced System Care 5 untuk mengoptimasikan sistem pc anda.
  • Jika perlu 'update' program-program pc terutama 'internet browser' anda.
  • Guna Soluto jika proses 'boot up' pc anda mengambil masa yang lama.
Lain kali pakcikAnas akan ceritakan mengenai program Soluto pula ya. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment