Sunday, April 8, 2012

Laman rujukan untuk filem (IMDb)

Pernah tak anda menghabiskan masa 1-2 jam menonton filem tetapi di penghakhirannya baru anda tersedar, cerita yang anda tonton itu rupanya tak 'best' langsung. Menyesal jer rasa menonton filem tersebut. Mungkin kalau kat India, panggung dah kena bakar kot? Selalunya kriteria pemilihan filem yang ingin ditonton adalah melalui barisan pelakon atau produksinya. Kalau pelakon atau produksinya terkenal bolehlah kita tengok cerita itu.

Satu lagi cara yang mungkin berguna untuk memilih filem yang berkualiti untuk ditonton adalah melalui laman web Internet Movie Database atau IMDb. Kali ini pakcikAnas ingin berkongsi informasi mengenai laman web IMDb ini.
muka depan web IMDb


Bagi peminat setia filem-filem antarabangsa, Internet Movie Database atau IMDb berbaloi untuk dikunjungi kerana anda akan dapati, pelbagai informasi menarik mengenai filem, artis, trivia dan komen menerusi komuniti dalam talian yang disediakan di dalam laman web ini.


Pada mulanya ia hanyalah projek hobi sekumpulan peminat filem di United Kingdom dan Amerika, namun mendapat sambutan menggalakkan sehingga mereka menubuhkan kumpulan editorial sendiri bagi membuat previu den reviu filem serta mengumpulkan maklumat tersebut pada satu tempat yang boleh diakses orang ramai. 


IMDb bukanlah laman web baru dan sehingga kini ia mengandungi Iebih 30 juta tajuk atau maklumat filem serta rancangan televisyen, dan angka ini semakin meningkat setiap hari. Data dan malumat filem ini adalah hasil sumbangan penggiat atau pembuat filem itu sendiri, ahli IMDb serta ditapis oleh pentadbir laman web ini untuk memastikan kesahihannya.  

Anda hanya perlu layari http://www.imdb.com/ untuk mengakses pangkalan data IMDb dan dapatkan maklumat filem terkini, terdahulu atau filem di dalam senarai Box Office dari serata dunia. Lihat juga informasi menarik lain seperti makiumat artis, nama pengarah filem, tarikh lahir, atau biodata seIebriti popular di IMDb. Jangan lupa untuk menyemak carta filem paling popular yang sedang ditayangkan dan kunjungi ruangan trivia kerana ia menawarkan sesuatu yang mungkin belum anda ketahui sebelum ini. 

IMDb tidak hanya menawarkan maklumat fliem luar negara, malah filem tempatan turut tersenarai di sini. Jangan Pandang Belakang Congkak. Niyang Rapik, Pisau Cukur antara beberapa tajuk filem kita yang tersenarai di IMDb. Sememangnya platform yang baik mengembangkan bakat dan usaha anak tempatan dalam industri perfileman ke mata dunia menerusi IMDb. (credit untuk Majalah PC).

Menariknya filem-filem yang dimasukkan ke dalam database ini di kelaskan dalam bentuk rating. Sesiapa yang berdaftar dengan laman web ini boleh memberi rating pada sesuatu filem yang sudah ditonton. Secara tidak langsung angka rating ini boleh memberi tahu kita bahawa filem tersebut berkualiti atau tidak. Pengalaman saya kalau filem itu mempunyai rating lebih daripada 7, filem tersebut adalah berkualiti dan anda tak akan menyesal bila menontonnya tetapi jika sebaliknya....faham-faham jelah.
  

No comments:

Post a Comment