Sunday, April 1, 2012

Penjagaan laptop, PENTING!!!

Sekarang ini ramai sudah menggunakan laptop. Kalau tengok pelajar2 universiti ramai yang mempunyai laptop sendiri kan? Dahulu kala masa zaman Pakcik Anas kat U, harga sesebuah laptop tu tersangatlah mahal tak mampu nak beli. Jadi masa itu guna jelah komputer desktop itupun pinjam yang abang punya (terima kasih Andak).
gambar hiasan laptop
Cantikkan laptop kat gambar atas ini? Harga kalau laptop 'standard' sudah tentu mencecah lebih RM1000. Bagi pelajar duit mak bapak lah jadi mangsa takpun duit PTPTN. Kalau ada satu bolehlah buat 'assignment', 'research' kat internet, ada juga buat main game dan sebagainya. Bila dah main game atau 'explore' youtube'tu mulalah berjam-jam menghabiskan masa dengan laptop itu.

Motif Pakcik Anas nak cerita nih adalah sistem 'ventilation' laptop tidaklah sebaik komputer desktop. Banyak laptop yang cepat panas kalau digunakan dengan lama. 'Ventilation' laptop selalunya teletak pada bawah dan/atau tepi 'casing'.

 
lubang 'ventilation' laptop pada bawah casing
Jadi pastikan 'ventilation' tidak terhalang semasa menggunakan laptop. Jika 'ventilation' terhalang udara panas tidak dapat keluar dan bahagian dalaman laptop akan cepat panas sehingga boleh merosakkan cip-cip tertentu. Jika ini terjadi laptop anda mungkin jadi tidak berfungsi seperti motherboard, graphic cip dan sebagainya rosak. Kalau dah rosak nak repair makan beratus ringgit takpun kalau terpaksa beli yang baru melayang lagilah duit mak bapak atau PTPTN (kalau masih ada 'balance' lah).

Elakkan menggunakan laptop dengan cara berikut:
1. Menggunakan laptop atas tilam. Tilam dan fabrik cadar boleh menghalang pergerakan udara panas laptop keluar.
gambar hiasan - main facebook atas tilam :)
2. Menggunakan laptop di atas bantal?
gambar hiasan - laptop atas bantal
3. Laptop atas badan?
budak ini tengah syok main COD

Sebaiknya gunalah laptop dengan cara yang betul:
  • Letakkan laptop di atas permukaan yang keras dan rata
  • Guna 'cooling fan' bertujuan untuk mengalirkan keluar haba panas yang terhasil daripada laptop
  • Guna screen saver sebab jika laptop ditinggalkan lama, screen saver akan aktif dan seterusnya mengurangkan penggunaan tenaga elektrik oleh laptop
  • Aktifkan 'auto sleep' atau 'auto shutdown'. Ni kes tertidur masa buat assignmentlah ni.
gunalah 'laptop cooling fan' - ada yang boleh dibeli dengan harga RM20 saja

Jadi amalkan petua diatas untuk mengoptimakan jangka hayat laptop anda. Sayangilah duit mak bapak kita dan juga duit kerajaan itu.

No comments:

Post a Comment