Dah guna Ccleaner, dah pakai Revo Uninstaller dan Advanced System Care 5 dan dah juga pakai Soluto tapi pc saya masih lembab. Kenapa yer?
Masa pc baru beli dulu bukan main laju jer rasa, tapi lepas sekian lama pc jadi lembab. Ya memang betul sebab masa mula-mula beli pc atau notebook dulu tak banyak perisian yang anda pasang. Tapi mungkin selepas beberapa lama dan dah bemacam-macam perisian atau games yang dah dipasang pc jadi lambat. Walaupun anda tidak menjalankan sesuatu perisian atau games itu tapi mungkin anda tidak sedar ada program yang sedang beroperasi dan secara tidak langsung menggunakan sumber pc anda iaitu pemproses dam memory.
Masalah ini boleh dikesan melalui Task Manager dan kemudian jika sudah dikenal pasti kita boleh membuang atau menghalngnya daripada beroperasi. Ikuti entri ini untuk penerangan lebih lanjut.
Cara nak menjalankan program Task Manager ini adalah dengan menekan ctrl+alt+del secara serentak dan kemudian klik pada start Task Manager.
Anda akan dapat lihat antaramuka seperti diatas. Ada 6 tab yang boleh anda periksa. Paling penting buka tab performance. Lihat pada CPU usage dan juga Memory. Untuk PC yang normal CPU usage dan memory adalah rendah ketika pc sedang idle.
2-3 minggu lepas, CPU usage pc pakcikAnas mencecah ke 60%. Ini bermakna ada suatu program yang sedang beroperasi yang membaham processor sehingga ke tahap 60%. Patutlah pc pakcikAnas jadi lembab macam kura-kura. Jadi untuk mengenal pasti masalahnya, klik pada tab processes dan kemudian klik pada cpu. Seterusnya proses disusun secara mengikut penggunaan CPU.
Periksa sekiranya ada proses yang menggunakan banyak sumber CPU anda. Contohnya pc pakcikAnas, ada program yang menggunakan sehingga 50% sumber CPU. Jadi pakcikAnas kenal pasti bahawa program tersebut memang tidak perlu dijalankan dan boleh dimatikan. Anda bolek klik kanan pada proses itu dan tekan pada end process. Cari program yang tidak penting yang membaham sumber CPU anda dan kemudian matikan operasinya sehingga CPU anda kembali pada tahap 1-<10%.
Sekiranya anda pengguna windows vista atau windows 7, anda bolehlah menggunakan cpu performance monitor gadget yang sentiasa memaparkan sumber pada pc anda pada masa nyata. Jika berasa sesuatu yang tidak menyenangkan (pc lembablah), rujuk pada gadget ini samada memerlukan tindakan lanjut.
Lepas ni barulah boleh laju dan lancar pc kita ye. Kalau tak laju jugak.......???
No comments:
Post a Comment