Saturday, April 14, 2012

Soluto: melajukan proses boot pc anda

Kali ini pakcikAnas masih lagi nak bercerita pasal cara-cara nak mengoptimasikan  sistem pc. Oklah dalam entri yang lepas-lepas dah ada cerita pasal Ccleaner, Revo uninstaller dan Advanced System Care 5 kan. Katakan lah dah cuba semua software ini dan juga dah cuci sistem pc kita tetapi, pc anda masih lagi lembab, lembab macam kura-kura terutama semasa proses boot. Tidak dinafikan banyak program atau servis yang tidak perlu turut dimulakan semasa proses boot. Ini boleh membuatkan pc anda lambat untuk 'start'. Jadi anda boleh gunakan program Soluto untuk monitor, analisa dan memperbaiki proses boot pc anda. Paling penting perisian in percuma.
Soluto memaparkan masa yang diambil semasa proses boot

Apa yang boleh dilakukan dengan Soluto?
  • Memantau masa yang diambil oleh sistem pc anda semasa proses boot.
  • Mempercepatkan proses boot dengan 'delay' atau mematikan program atau servis yang tidak perlu dimulakan di dalam proses boot.
  • Memperbaiki browser anda
Install program Soluto seperti biasa. Anda boleh dapatkannya di https://www.soluto.com/home. Permulaannya anda akan dapati antaramukanya seperti gambar di bawah:

Pilih chop boot.
Di sini pc pakcikAnas mengambil masa selama 1:01min. Kira ok lah tu selepas di chop program-program yang tidak perlu. Di sini juga dibahagikan pada 3 bahagian:
  • potentially removable 
Anda boleh delay (buatkan program yang berkenaan tidak dimulakan semasa boot, tetapi ia akan dimulakan secara otomatik ketika sistem anda idle). Ataupun pilih 'pause' untuk tidak memulakan langsung program-program yang tidak perlu semasa proses boot pc anda.

  • cannot be remove with soluto
Bahagian ini memaparkan program atau servis yang tidak boleh diubah. Selalunya servis yang ada di sini adalah yang diperlukan untuk memulakan OS anda.
  • removed applications
Memaparkan program atau servis yang telah dibuang daripada proses boot.

Selain daripada itu diantaramuka depan, anda boleh memilih 'lighten web browser' dan anda boleh membuang add-on yang anda rasa tidak perlu untuk pelayar internet anda.

Harap-harap pc anda boleh  boot dengan lebih laju lepas ini, bukan menongkat dagu depan pc , ada orang kata...pc saya masih lembab lagilah, kenapa yer? bersambung.........



No comments:

Post a Comment