Friday, April 6, 2012

Fungsi baca selanjutnya pada blogspot

Kekadang tu kalu kita buka blog-blog yang ada di pasaran sekarang, sesetengah entrinya panjang-panjang. Bukan semua orang berminat dengan topik yang kita ceritakan, jadi kita terpaksa scroll ke bawah untuk melihat entri yang lain. Eloklah kita gunakan fungsi baca selanjutnya ini supaya pembaca tidak cepat terasa boring dengan entri yang tidak menarik perhatian mereka. Kali ini pakcikAnas akan kongsikan cara nak menggunakan fungsi tersebut.

Macam ni lah rupanya kalau kita tak pakai fungsi ini.
Panjang bukan? Kesianlah orang nak kena scroll mouse wheel tu.

Begini caranya. Tulis entri anda seperti biasa, cukuplah sekadar satu perenggan permulaan dan satu gambar sebagai pembuka selera, selepas itu tekan ikon seperti di bawah;

Ia akan jadi seperti;
Jadi garisan itu menandakan di mana page break anda iaitu di mana tulisan read more anda berada. Secara 'default' blogspot menggunakan perkataan 'read more'. Kalau anda tak suka, anda boleh ubahkannya di layout-edit blogspot-dan tulis perkataan yang anda mahu pada 'post page link text'.
Senang bukan?. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment